2016年5月13日星期五

Kiat Leong dan Hii, Chen, Vicki

   11/4/2016, hari kedua program Social Engagement, saya bersama Hii dan Chen telah pergi ke kedai alat tulis Kiat Leong untuk temu bual dan menolong tuan kedai. Tuan kedai, L. Y. See Tho seorang yang baik dan murah hati.

          Pelanggan kedai terdiri dari pelbagai bangsa dan kebanyakan dari mereka adalah pelanggan lama. Mereka telah melanggan kedai alat tulis ini sejak kedai ini berperniaga di Petaling Street. Kedai alat tulis ini telah berpindah dari No. 128 di Petaling Street, dan kini berniaga di No. 150, selama setahun. Sewa kedai sebulan kira-kira RM 12,000, dan See Tho menyewa kedai dengan dua lagi peniaga, iaitu tuan kedai Merchant Lane serta tuan kedai permainan. Oleh sebab harga sewa yang begitu tinggi, See Tho tidak mampu untuk mengupah pekerja, kerja- kerja dalam kedai seperti susun barang bergandung kepada See Tho dan suaminya. Kadang- kadang mereka ditolong oleh anak mereka. Anak mereka juga telah membuka sebuah kedai runcit di kedai lama mereka, iaitu kedai No.128 selepas kedai tersebut diberi balik.

         “Auntie, saya nak...” “Auntie, ni harga berapa?” dialog seperti ini boleh didengar sepanjang kami berada di Kiat Leong. See Tho akan berusaha memuaskan setiap pelanggan yang datang ke Jat Leong. Walaupun See Tho sedang menikmati makan tengah hari, tetapi dia juga akan segera bertemu dengan pelanggannya. Semasa berada di kedai Kiat Leong, anak- anak mereka telah membawa cucu mereka datang menzairahi mereka. Kiat Leong menjadi meriah selepas kemunculan anak-anak dan cucu-cucu. Ini mungkinlah sebahagian kehidupan harian mereka. Anak yang berperniagaan berhampir dengan kedai mereka. Jadi, mereka boleh selalu berjumpa dengan anak mereka. Mungkin inilah juga salah satu sebab mereka masih berterusan perniagaan mereka.


      Ps: Hii, Chen dan saya telah menolong See Tho mengulung kraftpaper dan juga fotostat selepas temubual dengannya. Dan kami juga dibelanja oleh See Tho setiap orang sekotak minunman. Terima kasih Auntie See Tho~

Hii, Chen dan saya sedang mengira dan mengulung kraftpaper.

Gambaran keseluruhan (overview) Kedai Kiat Leong.


Oleh Vicki.


没有评论:

发表评论