2016年5月22日星期日

Rumah Tamu Birdnest -------- Hari Ketiga


     Hari ini merupakan hari ketiga kami menjalankan projek Jalinan Masyarakat, kami telah mengikut kumpulan yang telah dibahagikan semalam dan menjalankan interview serta memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga tempatan. Saya, Winnie dan Michelle telah dibahagikan dalam satu kumpulan dan akan menjalankan tugas di Rumah Tamu Birdnest. Rumah tamu ini berada di kawasan perniagaan dan terdapat tiga tingkat termasuk bumbungnya. Kami mengadakan seksyen interview yang ringkas di atas bumbung rumah tamu. Ribuan terima kasih ingin diucapkan kepada Bos rumah tamu kerana sudi meluangkan masa untuk menerima interview serta memperkenalkan ruang tamunya dengan sangat jelas. Melalui interview, kami dapati rumah tamu ini bernama Birdnest kerana kebanyakan pelanggan adalah dari negara asing terutamanya dari Australia dan South Africa. Mr Willi berharap rumah tamu ini dapat memberi pelanggan asing berasa selesa seperti dalam rumah sendiri. Birtnest iaitu sarang burung merupakan rumah burung. Pelanggan dari negara asing adalah burung yang berterbang dari satu negara ke satu negara manakala sarang burung merupakan rumah mereka untuk berehat.


Berikut merupakan pemandangan bumbung rumah tamu Birdnest
 Reka bentuk dan corak lukisan atas dinding sangat unik. Ini merupakan corak yang dilukis oleh artis yang berasal dari seluruh dunia. Mereka boleh menjadi pembantu atau melukis untuk mendapatkan tempat tinggal secara percuma. 

Winnie dan Michelle sedang menyediakan peralatan untuk menjalankan interview

Ini merupakan salah satu bilik ruang tamu Birdnest

Corak yang dilukis oleh artis di atas setiap pintu bilik

Kami sedang melihat sekeliling rumah tamu

Bos rumah tamu : Mr Willi
                         wanyu 

没有评论:

发表评论