2016年6月2日星期四

Ini kisah sebuah kampung.(Swee Teng)

Kampung Bandar Dalam. Sebuah kampung yang terletak di Gombak.

Hari itu merupakan satu hari yang tiada matathari besar, memang ssesuai untuk berjalan-jalan. Suasana kampung memang kampung, ada budak yang main gasing di jalan, ada yang sedang membuat layang-layang menggunakan surat khabar lama. Saya teringat akan datuk yang telah meninggal dunia, beliau merupakan penyakit jiwa. Peringatan saya terhadap datuk adalah semasa saya dan adik ingin membuat layang-layang, beliau akan mengambil sedikit nasi daripada “rice cooker” memberi kami, katanya, ini boleh menggantikan gum. Akhirnya, layang-layang kami tidak berjaya melayang kerana terlalu banyak nasi kami gunakan, layang-layang terlalu berat. Sampai hari ini, saya ingatkan beliau.

Mereka yang sedang mainkan layang-layang telah lari masuk rumah kerana berasa malu semasa kami ingin mengambil gambar. Batapa comelnya budak-budak ini. Kami teruskan perjalanan masuk ke kampung. Ketenangan kampung ini menarik saya, kesemua rumah dalam kampung adalah senyap. Dinding rumah dicatkan pelbagai warna, bagailah setiap rumah telah berbincang sebelum cat supaya menwarnai kampung ini dengan pelbagai warna.

Setelah lawatan kampung, kami telah bersinggah di sebuah warung makanan di dalam kampung. Di sanalah, kami berpeluang berjumpa dengan ketua kampung. Ketua kampung kelihatan ramah dan berbaik hati belanjakan kami minuman. Saya suka akan suasana warung itu, tenang......Kesemua orang dalam kampung adalah bergerak dalam “slow motion”, walaupun berdekat dengan Kuala Lumpur, tetapi Kampung Bandar Dalam adanya rentaknya tersendiri. Walaupun rentak kehidupan di luar kampung adalah sangat cepat, orang inginkan cepat, inginkan efisien, inginkan yang mereka ingin. Apabila tiba kampung ini, semua orang telah membuangkan resah, menghayati kesantaian kehidupan kampung.


Akan saya tinggal di sebuah kampung apabila tiba masa persaraan saya.





Gambar diambil di tepi warung makanan.

没有评论:

发表评论