Dalam jelajah tersebut, kami berpeluang untuk melawat ke
banyak tempat. Tempat-tempat yang telah dikunjungi termasuklah Gurdwara Sahib
Polis, Chan She Shu Yuen Kuala Lumpur & Selangor, Kuil Hindu Sri
Mahamariamman, Kuil Cina Guan Ti dan lain-lain lagi. Saya amat berkagum dengan
kejayaan bangunan-bangunan tersebut dari segi seni bina yang halus lagi
istimewa.
Selepas makan petang, kami bertolak ke Kampung Banda Dalam
yang terletak di Sentul. Kami berpeluang untuk melawat ke masjid di sana, dan mendapat
tahu tentang peristiwa berkaitan dengan tempat tersebut melalui seorang
ustazah. Kami juga berjalan-jalan di sekitar kawasan kampung untuk memahami
kehidupan masyarakat di sana. Akhirnya, kami melawat ke Galleri Kampung Banda
Dalam yang tebus guna daripada sebuah kedai gunting rambut tradisional. Melalui “peta-peta” yang
dipamerkan dalam galleri tersebut, kami dapat mengetahui kehidupan harian biasa
penduduk Kampung Banda Dalam yang masih mengekalkan gaya hidup yang ringkas dan
selesa.
Tempat scene dalam iklan 7-up oleh Jay Chou ^_^
没有评论:
发表评论