2016年4月24日星期日

Melangkah Ke Sejarah- Venus Art

Ini merupakan sebuah kedai yang akan melangkah ke dalam sejarah pada bulan Mei, dan telah beroperasi selama dua generasi. Walaupun kedai ini mempunyai pengalaman yang mendalam dalam pengurusan perniagaan, namun telah disingkir daripada ekonomi globalisasi.

Pada permulaannya, pemilik perniagaan ini hanya menjual peralatan seni lukis di tepi jalan sahaja. Tetapi kemudiannya, pemilik telah membeli sebuah kedai di Jalan Petaling dan telah mengusahakannya selama 20 lebih tahun.
Oleh itu, kedai ini boleh diperkatakan sebagai ingatan penghuni-penghuni di sekeliling Jalan Petaling. Kedai peralatan seni lukis ini juga telah menyaksikan perubahan di dalam Jalan Petaling, iaitu daripada tempat perniagaan orang Cina kepada tempat  perniagaan dan pengumpulan orang asing. Walaupun kedai ini mampu melalui kemerosotan ekonomi pada  masa tahun 90-an, tetapi malangnya tidak dapat berselindung daripada perubahan ekonomi moden dalam abad ke-21. Ini hanya boleh diperkatakan sebagai adalah penting dalam mengikut jejak globalisasi supaya tidak  disingkir oleh zaman ini.

Walaupun berasa keberatan dalam melihatkan kedai ini menjadi sejarah, namun masih mengharapkan kedai ini menjadi kenangan yang selamanya oleh penghuni di sekeliling Jalan Petaling dan pelanggannya. Seperti yang dikatakan oleh pemilik kedai, "walaupun sangat berat hati dalam menamatkan perniagaan ini, namun harusnya tetap dilakukan. Hal ini disebabkan semua orang harus memandang dan melangkah ke depan, tetapi bukan hanya melihat ke belakang."

 ditulis oeh Ang




Pengasas kedai perniagaan dan pemilik kedai
Pemilik kedai dan koleksinya di kaunter pembayaran

       

没有评论:

发表评论