2016年4月26日星期二

Gaya Malaysia, gaya "rumah"--Shuet Yee


             Ini adalah Kampong Banda Dalam. Kampung yang terletak di Gombak. Kampung ini mempunyai sejarah selama 156 tahun. Lawatan ini bukan kali pertama bagi saya untuk mengunjungi ke kampung-kampung, namun, pengalaman bagi kali ini telah memberi perasaan yang mendalam kepada saya.
Kampung Banda Dalam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, walaupun reka bentuk seni bina rumah Kampong Banda Dalam adalah bergaya kaum melayu, tetapi, ia telah memberi perasaan familiar kepada saya.



"Bentuk tingkapnya dan juga pintunya berupa dengan kampung nenek saya" kata kawan saya Yap Pek Che.
"Ialah, patutlah saya rasa macam familiar, reka bentuknya memang sama dengan rumah nenek moyang saya."kata saya.
"ialah, ialah, saya pun mempunyai perasaan yang sama." kata Teo Swee Teng.



             Walaupun kampung melayu dan kampung cina mempunyai perbezaan yang besar terutamanya dari segi agama dan budaya, namun begitu, bentuk binaan-binaan adalah hampir sama bagi semua kaum, gaya Malaysia, gaya "rumah".



没有评论:

发表评论