2016年4月23日星期六

Cerita akan Disambungkan —— By Cheow Chen


Hari ini merupakan hari yang terakhir Projek Seni Masyarakat Jalan Petaling. Pada awal pagi, kami mereka kad penghargaan untuk berterima kasih kepada pihak yang sanggup menerima temu duga kami. Kami telah mereka kad penghargaan dengan menggunakan perisian Adobe Illustrator yang diajar oleh JJ dan CC semalam. Pada asalnya, kami merancang memberi kad ini pada waktu petang. Malangnya, wujud sedikit masalah teknikal menyebabkan kami terpaksa memberi kad itu sendiri pada hari yang lain.

Semasa waktu makan tengah hari, Encik Yeoh mengadakan “farewell” untuk kami. Banyak makanan yang sedap dan minuman sejuk disediakan.


Selepas makan tengah hari, kami meneruskan kerja perlukisan peta. Akhirnya, kami berjaya menyiapkan peta pada pukul 5 petang. Walaubagaimanapun, jurnal kami tidak sempat dihasilkan lagi. Selepas cuti, kami merancang datang ke Lostgens’ pada hujung minggu untuk menghasilkan jurnal. Saya berasa amat gembira kerana dapat melibat dalam projek yang amat bermakna ini.

没有评论:

发表评论